Assalamu'alaikum my dear sis and bros. I have a few things nak share and highlight kat sini. Nak kata tips before exam? hm maybe yes or not.. hahaha..tapi,, erm just read it and I hope it is very useful to you. just nak cakap....
1) please tidur awal. I believe that u try to save so many input to your brain few days before exam right?tolong sedar, brain awak bukan machine. Your brain need rest to function properly. Even kalau awak rasa banyaknye tak study lagi, rancang dan mesti pandai pilih apa yg nak diulangkaji dan apa cara paling efektif yang sesuai dengan diri awak last2 minute mcm ni.
2) kalau ada kawan mintak ajarkan itu ini, jangan buat tak peduli. Tolong sungguh2. Ye, mungkin dia silap time2 mcm ni baru nak mintak tolong ajar itu ini. Tapi biarlah, ajarkan je. Jangan lupe, awak bantu urusan saudara awak, Allah bantu urusan awak. Ikhlaskan hati.
3) solat di awal waktu + buka al quran walau satu kali sehari. Actually ni bukan tips before exam tapi untuk sepanjang hidup. Saya mention kat sini sebab kekadang time nak exam, ada yang jenis lewat2kan solat, al quran entah ke mana semata2 dengan alasan takut tak sempat nak habiskan ulangkaji. Mengaji jangan lupe. Ingat, jangan sesekali rasa masa terbazir bila awak tambah dekatkan jarak diri dengan Dia.
4) bangun qiam. Solat taubat tahajud dan hajat. Ni pun pesanan untuk sepanjang hidup. Kenapa perlu solat taubat? Sebab kekadang kita tak boleh buat sesuatu dengan baik sebab dosa lampau kita. Kenapa perlu solat tahajud? Sebab masa ni lah awak nak cerita segala keluh kesah awak dekat Dia. Dia suka kalau awak banyak bercerita. Kenapa perlu solat hajat.? Sebab Allah dah janji Allah akan bagi apa kita mahu, DENGAN SYARAT kita usaha. Mintak sungguh2 dengan Allah masa solat hajat tu.
5) bagi details schedule final exam dekat mak ayah. Biarlah awak rasa makayah awak tak pernah ambil kisah tentang awak selama ni pun, bagi je details schedule tu. Mintak doa mereka sungguh2. Maafkan kesilapan mereka dan minta mereka maafkan kesilapan awak.
6) stress? Sujud.
Penat? Tadabbur al quran.
Menyesal?solat taubat zikir astarghfirullah.
Rasa tak boleh nak buat?solat hajat mintak kekuatan.
7) isi perjalanan dari rumah hingga ke PINTU exam hall dengan zikrullah. Banyakkan zikir astarghfirullah dan selawat. Bukan sibuk menghafal nota berjela2 tu sampai lupe siapa yang akan tolong awak dalam exam hall jap lagi. Tengok nota RINGKAS untuk kali terakhir tu boleh takde masalah tapi janganlah lupa pd yang Maha Penolong.
Keluar awal dari rumah utk relakskan otak, nak keluar tengok roomate or housemate tengah tido, kejutkan. Jangan biarkan. Manusia taklayak untuk jadi selfish.
8) masa jawab exam, tiba2 blurr. Taktau nak jawab apa. Jangan gelabah. Cool. Ingat, jangan keluarkan ayat 'kalaulahh aku baca part ni semalam.. kalaulah... kalaulah...' atau mana2 ayat yg sama waktu dengannya. Jangan huraikan masalah, tapi selesaikan masalah. Mcm mne? Baca ayat2 quran atau doa. Baca selawat banyak2. Berjuanglah sehingga kertas jawapan awak bertukar tangan-saat yg terakhir.
Smentara tgu kertas dikutip, niat semoga si pemeriksa lembut hati masa tnda kertas awak. Baca selawat banyak2 sampai kertas dikutip.
9) lepas habis satu paper, jangan bazirkan masa dan tenaga membuat analisa dan huraian. 'Eh soalan no.3 tadi kan kita penah buat laa dalam tutorial kan.. eh gambar dlm soaln tu kan tak jelas... ouh yang tu ke jawapan dye.. alamakkk silap tulis jawapan uhukk uhukk' atau mana2 ayat yang sama waktu dengannya. Adik, remember sebaik sahaja kertas jawapan bertukar tangan, slebihnya menjadi urusan Allah. Serahkan segala2nya pada Allah. Tutup mulut dan fokus paper seterusnya.
10) lepas habis semua paper, masa untuk cuti !!๐๐๐๐ kejap3, takyah nak yeayyy sangat, tapi teruskan usaha-buat solat hajat banyak2 sebab time ni lecturer tengah tanda kertas awak.
Apa saja hasil dari usaha awak, remember rezeki yang Allah bagi baik sikit mahupun banyak, itu yang terbaik. Jangan rasa susah hati, kalau awak terima seikhlas hati, pasti sesuatu yang berharga menanti. In shaa Allah.
See? Usaha habis-habisan. !
U got all my points ?
Alhamdulillah. If not, keep reading this until you get this clear.
Anyway, saya dah usaha sampaikan dekat awak. Ikut atau tidak, hak masing2. ☺
Semoga korang semua mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. In shaa allah amiinn ya rabbal alamin.๐sebenarnya bende ni ditulis pun untuk peringatan diri saya sendiri. sometimes i need to "muhasabahkan" diri jugak.
#iamnotperfect
#peringatanuntukdirisendirijugak
#muhasabahdiri
No comments:
Post a Comment